Pahang Orang Asli Corporation Sdn Bhd (ORACO) ditubuhkan pada 3 November 2021 sebagai syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Pahang yang menggalas mandat sebagai Pusat Sehenti (One Stop Centre) bagi pembangunan strategik masyarakat Orang Asli di Negeri Pahang. Kami berperanan merancang, mengurus, dan memantau inisiatif sosio-ekonomi yang mampan bagi meningkatkan taraf hidup komuniti secara menyeluruh.
Tadbir Urus & Kekuatan Organisasi
Kredibiliti ORACO sebagai entiti korporat yang kukuh didorong oleh barisan
Ahli Lembaga Pengarah yang terdiri daripada pucuk pimpinan dan pegawai kanan jabatan-jabatan utama yang menjadi tulang belakang Kerajaan Negeri Pahang. Struktur tadbir urus yang berwibawa ini memastikan setiap polisi dan hala tuju ORACO selari dengan aspirasi kerajaan negeri dalam memartabatkan masyarakat Orang Asli di Negeri Pahang melalui pengurusan yang telus, profesional, dan berintegriti tinggi.
Fokus Strategik & Inisiatif Utama - Pemerkasaan Ekonomi Mampan: ORACO komited dalam mewujudkan ekosistem ekonomi yang kompetitif melalui pengurusan sumber dan peluang perniagaan. Matlamat kami adalah untuk memastikan masyarakat Orang Asli di Negeri Pahang menjadi rakan strategik dalam pembangunan negeri, sekaligus menjana pendapatan yang stabil dan berterusan.
- Transformasi Pendidikan Digital: Kami percaya bahawa pendidikan adalah kunci mobiliti sosial. Melalui kolaborasi strategik bersama Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (JPNP), ORACO menerajui inisiatif transformasi Sekolah Murid Orang Asli (SMOA) sebagai Digital School. Program ini bertujuan merapatkan jurang digital dan memastikan anak-anak masyarakat Orang Asli di Negeri Pahang dilengkapi dengan kemahiran teknologi masa hadapan.